![]() |
Kelip-kelip menjadi petunjuk kepada keadaan cuaca sesuatu tempat |
SHAH ALAM 6 Mei - Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk mewartakan tanah di persekitaran rizab sungai dan zon penampan di Kampung Kuantan dan Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor sebagai pusat perlindungan kelip-kelip.
Berikutan keputusan itu, beberapa bidang tanah milik 52 penduduk dikedua-dua kampung berkenaan yang telah dikenal pasti menjadi habitat kelip-kelip akan diambil oleh kerajaan negeri.
Semua projek penerokaan dan penebangan pokok di tanah yang terlibat juga diarah dihentikan berkuat kuasa hari ini tetapi jumlah keluasan sebenar tanah yang akan diambil oleh kerajaan negeri itu tidakdinyatakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna danAlam Sekitar negeri, Elizabeth Wong berkata, pewartaan dan pengambilan tanah itu dibuat ekoran masalah penerokaan tanah dan penebangan pokokdi kawasan tersebut yang mengancam habitat kelip-kelip.
Beliau berkata, tindakan itu akan merugikan negeri itu kerana habitat kelip-kelip di kedua-dua kampung itu merupakan antara kawasan pelancongan terkenal di Selangor.
Lebih merugikan, jelas beliau, jenis kelip-kelip yang terdapat dikedua-dua kawasan itu begitu unik kerana boleh berkelip secara serentak dan hanya dua negara di dunia mempunyai habitat kelip-kelip jenis tersebut.
Satu lagi ialah di Brazil.
Berdasarkan pemantauan sejak tiga bulan lalu, terdapat empat daripada tujuh kawasan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Kampung Bukit Belimbing terancam teruk akibat diteroka untuk dijadikanladang kelapa sawit.
Akibat penerokaan itu juga, pokok-pokok besar seperti pokok berembang, pokok sagu dan pokok nipah yang menjadi habitat kelip-kelip telah ditebang.
Bagi mengelak ancaman tersebut berulang selain menyelamatkan habitat kelip-kelip dengan menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang, kerajaan negeri terpaksa mengambil tanah di kawasan tersebut,kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini hari ini.
Menurut Elizabeth, kesemua tanah yang diambil oleh kerajaan negeri tidak melibatkan tanah kediaman dan pampasan kepada pemilik tanah akan dibayar mengikut nilai yang akan ditentukan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri.
Sepatutnya tanah di kawasan tersebut tidak boleh dimiliki kerana ia merupakan sebahagian kawasan rizab sungai dan zon penampan.
Tetapi oleh kerana tanah itu ada pemiliknya, kerajaan negeri terpaksa ambil dan bayar pampasan, jelasnya.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan menubuhkan satu tabung bagi mengutip dana untuk memulihara dan membangunkan pusat perlindungan kelip-kelip tersebut.
No comments:
Post a Comment